POLITIK

UMNO-DAP: Zahid tolak cadangan adakan referendum

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada keperluan bagi parti itu untuk mengadakan referendum dalam kalangan ahlinya berhubung kerjasama dengan DAP.

Ahmad Zahid berkata, beliau menghormati pendapat peribadi ahli UMNO lain namun ia tidak boleh dipaksa kepada orang lain untuk menerimanya.

“Kenapa perlu referendun? Tidak perlu referendum. Saya menghormati pendapat peribadi tapi jangan memaksa semua orang menghormati pendapat peribadi,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil supaya referendum diadakan melibatkan 3 juta akar umbi UMNO sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak.

Isham mendakwa rata-rata akar umbi UMNO tidak boleh menerima DAP kerana ideologi Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP.

Sementara itu ditanya mengenai agenda Mesyuarat MKT UMNO malam ini, katanya, perkara itu akan diumumkan selepas mesyuarat itu tamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button