Pelajar jalani latihan industri jatuh longkang tidak bertutup di Sandakan
SANDAKAN – Seorang pelajar perempuan berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam sebuah longkang tidak berpenutup berhampiran Wisma Persekutuan, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa berjaya diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas terperangkap dan gagal keluar sendiri dari longkang tersebut.
Difahamkan, gadis itu yang sedang menjalani latihan industri di sebuah pejabat kerajaan keluar untuk membeli makanan sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Sulaiman Salama berkata, orang awam yang berada di lokasi kejadian segera memaklumkan insiden itu kepada pasukan penyelamat.
Berikutan laporan berkenaan, APM menggerakkan anggota ke lokasi dan menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas, sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.
“Mangsa berada dalam keadaan stabil, namun mengadu sakit di bahagian belakang badan serta mengalami kecederaan di buku lali kanan.
“Rawatan kecemasan awal diberikan di lokasi sebelum mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















