JENAYAH & MAHKAMAH

Namewee tidak mengaku salah dua pertuduhan memiliki dadah

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pemuzik, Namewee hari ini membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan memiliki dadah di sebuah hotel, tahun lalu.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 43, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya pada sebutan semula kes itu di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa memiliki 1.57 gram dadah jenis Methamphetamine di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini, pukul 4.30 petang pada 22 Oktober 2025.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau dikenakan hukuman denda maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi satu lagi pertuduhan tambahan, tertuduh didakwa memiliki bahan Sildenafil dengan berat bersih 0.78 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama yang didakwa dibawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 32(2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala peguam Joshua Tay mewakili tertuduh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button