BERSATU tolak dakwaan bincang dengan UMNO mengenai penyatuan Melayu
Akan pertimbang cadangan Presiden UMNO
CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa wujud perbincangan antara kedua-dua parti tersebut bagi mengusahakan penyatuan bangsa Melayu.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, pihaknya akan menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO itu setelah mendapat input yang lebih jelas mengenainya.
“Saya ingin jelaskan bahawa BERSATU tidak pernah memberikan mandat secara rasmi kepada mana-mana pimpinan parti untuk berunding dengan UMNO.
“Perkara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Muhyiddin turut menegaskan, sebarang perbincangan rentas parti yang melibatkan sebarang bentuk kerjasama antara BERSATU dan UMNO hendaklah diadakan mengikut saluran rasmi parti dengan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
“Perbincangan hendaklah diadakan secara telus dengan mengambil kira semua faktor termasuk pandangan rakan-rakan parti anggota PN (Perikatan Nasional) dan kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














