
Avanza rempuh 11 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling
MELAKA – Seramai 11 pelanggan yang sedang menjamu selera di Medan Selera Tanjung Kling berdepan detik cemas apabila salah sebuah premis di sini dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), petang semalam.
Kejadian pada pukul 2.45 petang itu berlaku apabila MPV jenis Toyota Avanza dipercayai bergerak secara mengundur selepas ‘dikendalikan’ oleh seorang remaja berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku apabila remaja lelaki berkenaan diminta oleh ibunya untuk menghidupkan enjin namun remaja berkenaan dipercayai telah tertekan minyak dan gear undur.
“Kenderaan yang mengundur itu bergesel dengan sebuah kenderaan lain di lot parkir sebelum merempuh salah satu premis medan selera.
“Rempuhan itu melibatkan beberapa orang pelanggan dan sebahagian yang lain pula sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata, kejadian itu juga dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, buat masa ini polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Kami juga dimaklumkan tiada mangsa terlibat menerima rawatan di hospital,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








