Politik

Kelantan agih peruntukan sama rata kepada pembangkang

 

KOTA BHARU – Sebagai menghormati pilihan rakyat pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, kerajaan negeri Kelantan bersetuju memberi peruntukan yang sama kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua pembangkang.

Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pengagihan peruntukan secara adil dan saksama itu akan dilaksanakan bagi membolehkan setiap daripada wakil rakyat yang dipilih rakyat melaksanakan tugas mereka.

“Kita putuskan akan beri peruntukan yang sama, ini berasaskan kepada apa yang disebut dalam al-Quran, jangan kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil.

“Walaupun aliran politik yang berbeza, namun pilihan raya sudah selesai, yang ada hanyalah wakil kepada rakyat,” katanya selepas mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan barisan Exco Kelantan.

PRN lalu, Pas yang Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang di 43 daripada 45 kerusi DUN manakala dua lagi masing-masing di menangi oleh Pakatan Harapan (Kota Lama) dan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu menyaksikan PN memperoleh majoriti dua pertiga sekali gus mentadbir Kelantan dengan kukuh pada penggal kali ini

Show More

Related Articles

Back to top button