JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki langgar kereta penuntut UniSZA hingga maut ditahan reman

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan di sini, pada 5 Januari lalu direman selamat empat hari sehingga Isnin depan.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Yuhanis Mohd Roslan terhadap pemandu kereta Honda Jazz tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, memetik laporan Kosmo! Online.

Suspek berusia 32 tahun yang baru keluar dari wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) itu dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap manakala tangan kanannya berbalut.

BACA: https://malaysiatribune.news/jenayah-mahkamah/pelajar-unisza-maut-dirempuh-kereta-langgar-lampu-isyarat/

BACA: https://malaysiatribune.news/jenayah-mahkamah/suspek-rempuh-kereta-penuntut-unisza-disahkan-pesakit-mental/

Reman dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

kemalangan
Keadaan kereta Perodua Viva yang dipandu Syakirah Hanan Mazli (gambar kecil) remuk teruk selepas dirempuh sebuah kenderaan lain yang mengorban nyawanya dalam kejadian di simpang empat lampu isyarat Jalan Bukit Kecil, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Terengganu.

Selasa lalu, media melaporkan kereta Honda Jazz dipandu lelaki itu merempuh sebuah Perodua Viva sehingga menyebabkan kematian Syakirah Hanan Mazli, 25.

BACA: https://malaysiatribune.news/jenayah-mahkamah/allah-rehatkan-dia-bapa-pelajar-unisza-reda-pemergian-syakirah-hanan/

BACA: https://malaysiatribune.news/agama/pemergian-syakirah-hanan-sentuh-hati-ustazah-asma-harun-allahyarhamah-disifatkan-pergi-di-jalan-ilmu-dan-amal-soleh/

Nahas di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan pada pukul 1.35 tengah hari tersebut turut mengakibatkan suspek patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, suspek memecut laju kenderaannya selepas dipercayai mencuri dompet dari sebuah kereta Honda City yang diletakkan berhampiran Wisma Darul Iman.

Allahyarhamah Syakirah Hanan merupakan anak kedua daripada tujuh beradik yang dalam perjalanan mendapatkan permit mengajar ketika kejadian berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button