Ular sawa agresif seberat 120 kg dibunuh penduduk kampung
REMBAU – Penduduk di Kampung Chembung Kecil di sini dikejutkan dengan kemunculan seekor ular sawa seberat kira-kira 120 kilogram yang terpaksa dibunuh penduduk kerana bertindak agresif.
Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, reptilia sepanjang hampir lima meter berkenaan dikatakan muncul semula selepas pada malam sebelumnya membelit dan membunuh seekor anjing penjaga di kawasan berkenaan.
Seorang penduduk, Kamarudin Ibrahim, 36, berkata, dia dan ahli keluarga tersedar selepas terdengar salakan anjing yang luar biasa dari arah belakang rumah.
“Apabila kami keluar memeriksa, kami nampak ular sawa itu sedang menyusur ke arah lokasi anjing yang dibelit hingga mati sebelum ini. Keadaan memang mencemaskan,” katanya menurut laporan Kosmo!.
Menurutnya, dalam keadaan panik, enam penduduk cuba menangkap ular berkenaan, namun ia bertindak agresif dan sukar dikawal.
“Bimbang keselamatan penduduk, terutama kanak-kanak, kami terpaksa mengetuk kepalanya menggunakan kayu hingga mati,” katanya.
Tambah Kamarudin, tindakan itu diambil kerana khuatir ular sawa bersaiz besar berkenaan akan kembali dan mengancam keselamatan penduduk serta haiwan peliharaan lain di kampung itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








