Bekas menteri dilihat tinggalkan ibu pejabat SPRM selepas tujuh jam
PUTRAJAYA – Proses merakam keterangan seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara, dipercayai selesai selepas tujuh jam.
Menurut portal Buletin TV3, pemimpin itu dilihat meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pukul 5.50 petang tadi.
Terdahulu, bekas menteri itu yang pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira 10.30 pagi tadi bagi memberi keterangan dalam siasatan kes terbabit.
Difahamkan, beliau turut disiasat atas dakwaan menerima rasuah bernilai kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Kereta mewah itu diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, dilaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19 kini berada dalam fokus siasatan terbaharu SPRM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






