PAS ibarat ‘kambing’ – Muhammad Faiz
CYBERJAYA – Parti PAS ibarat ‘kambing apabila didekati, pasti ada yang lari kerana baunya’.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil berkata, selagi PAS berada dalam sesuatu pakatan politik, risiko perpecahan, ketidakstabilan dasar dan krisis kepercayaan sentiasa menghantui gabungan berkenaan.
Menurut beliau, UMNO pernah dikhianati PAS kerana parti itu memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding Muafakat Nasional (MN).
Terkini, katanya, PN juga sudah semakin nazak dan giliran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula menjadi mangsa.
“PAS adalah bom jangka dalam mana-mana hubungan politik. Sejak 1973 hingga 2025, PAS telah menyertai sekurang-kurangnya tujuh pakatan utama.
“Hampir kesemua hubungan ini tidak bertahan lama dan sering berakhir dengan konflik, perpecahan dasar atau pembubaran,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Muhammad Faiz turut berkata, masalah PAS berakar pada kepimpinan dimana kesetiaan dan kualiti kepimpinan diganti dengan kepentingan diri.
Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana PAS boleh diharapkan membela Melayu, apabila jawatan Menteri Besar menjadi rebutan seperti jawatan Perdana Menteri sebelum ini.
“Ternyata yang diperjuangkan PAS bukanlah orang Melayu, tetapi istilah Melayu dan Islam dipergunakan untuk kepentingan politiknya sendiri,” dakwanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













