BERITA SEMASA

Sukan SEA: Puripol, Danish Iftikhar masing-masing raih emas dan gangsa kedua

BANGKOK – Raja pecut Asia Tenggara, Puripol Boonson menepati ramalan apabila mudah menjuarai acara 200 meter akhir lelaki Sukan SEA sebentar tadi.

Lebih manis apabila Boonsoon berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan mencatat masa 20.07 saat (s).

Dalam pada itu pelari muda negara, Danish Iftikhar berjaya mendapat pingat gangsa keduanya selepas menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang pelari dari Singapura.

Danish hanya ketinggalan 0.01 saat berbanding pelari Singapura, Louis Marc Brian yang mencatat masa 20.72 s.

Sementara itu seorang lagi pelari negara, Aidil Auf hanya berjaya menamatkan saingan di tangga ketujuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button