Sukan SEA: Andre Anura tebus kehampaan, raih pingat emas lompat jauh
BANGKOK – Atlet negara Andre Anura Anuar berjaya menebus kehampaan terlepas kejuaraan hatrik dalam acara lompat kijang selepas merangkul pingat emas Sukan SEA dalam acara lompat jauh di Stadium Supachalasai di sini hari ini.
Andre Anura melakukan catatan 7.71 meter (m), sekali gus menyaksikan dia menewaskan pemenang pingat emas edisi lalu dari Filipina, Janry Ubas yang mencatat 7.64 m manakala gangsa diraih atlet Singapura, Medina Andrew George (7.53 m).
Atlet berusia 26 tahun itu terpaksa menunggu hingga lompatan terakhir untuk menewaskan Ubas yang mana catatan terbaiknya sebelum itu ialah 7.62 m pada lompatan kedua.
Ubas yang tertekan untuk mempertahankan pingat emas gagal melakukan lompatan terbaik pada pusingan terakhir dan hanya berpuas hati dengan pingat perak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




