
Eksesais Harimau Shakti buka tirai di Rajasthan
RAJASTHAN – Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2025 membuka tirainya di Mahajan Field Firing Range, semalam, menegaskan kesinambungan kerjasama pertahanan yang kukuh antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat India (TDI).
Majlis pembukaan yang berlangsung di Grand Stand, Chidasar Training Area itu disempurnakan oleh General Officer Commanding 26th Division Tentera Darat India, Major General Ajit M. Yeole, VSM, manakala Malaysia diwakili Penasihat Pertahanan, Kol Dr Nizlan Mohamed.
“Seramai 30 pegawai dan 155 anggota LLP digerakkan dalam eksesais dua hala tersebut.
“TDM menghantar 11 pegawai dan 45 LLP dari 25 RAMD, selain 6 pegawai serta 3 LLP sebagai Tim Pemerhati.
“TDI pula menyertai eksesais dengan kekuatan 13 pegawai dan 107 LLP, menjadikannya antara penyertaan terbesar tahun ini,” kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Eksesais Harimau Shakti kekal sebagai platform utama meningkatkan tahap rentas kebolehoperasian, memperkukuh kepakaran taktikal serta memantapkan persefahaman profesional antara kedua-dua angkatan darat. Bagi edisi 2025, 25 RAMD diberikan mandat mengetuai pelaksanaan operasi latihan.
Latihan yang merangkumi pelbagai fasa taktikal itu dijangka berlangsung dalam keadaan terkawal, dengan harapan semua objektif operasi dapat dicapai sepenuhnya.


| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















