JENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat dakwaan peguam terima ugutan bunuh

PETALING JAYA – Polis sedang menyiasat laporan seorang peguam yang mendakwa menerima ugutan bunuh di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, pihaknya menerima laporan daripada peguam terbabit pukul 5.16 petang semalam.

Peguam tersebut mewakili waris tiga lelaki didakwa ahli Geng DT yang ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka, 24 November lalu.

Siasatan mendapati, peguam tersebut telah membaca satu komen daripada satu individu yang tidak dikenali dalam satu hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya.

“Komen yang mengandungi unsur ugutan bunuh tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kes yang sedang dikendalikan peguam terbabit.

“Polis telah merakam keterangan peguam terbabit malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button