PPKMKL kecam ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (PPKMKL) mengecam keras tindakan ugutan bunuh yang tular di media sosial semalam dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengerusinya, Affa Syaripuddin berkata, perbuatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku apatah lagi selepas ia mendapat perhatian Perdana Menteri sendiri.
“Fahaman yang berbau khawarij seperti ini harus dibanteras dengan tegas dan saya berharap pihak polis melaksanakan tugas mereka terhadap ugutan yang sudah melampaui batas.
“Apabila terlalu banyak provokasi berlaku, ada pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan sanggup menimbulkan isu sehingga mengeluarkan ugutan bunuh,” katanya di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan media sosial untuk mencetuskan provokasi.
Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis berhubung video tular mengandungi ugutan bunuh yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri.
Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Rais Hamdan berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 8 malam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








