JENAYAH & MAHKAMAH

Dua lelaki maut treler bawa jentera berat hilang kawalan

KUCHING – Dua lelaki maut selepas treler bermuatan jentera berat dinaiki mereka hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Miri Bypass di Miri, kira-kira pukul 4.20 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak memaklumkan mangsa dikenali sebagai Melintang Mamuwas, 55, dan Tan Gawan, 44, yang merupakan pemandu serta kelindan treler berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati pemandu serta kelindan treler tersebut tersepit di bahagian tempat duduk.

“Pihak bomba kemudian membuka pintu bahagian pemandu bagi membolehkan petugas perubatan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) membuat pengesahan terhadap keadaan mangsa.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut PGO, proses mengeluarkan mangsa hanya dapat diteruskan dengan bantuan kren bagi mengalihkan jentera berat yang masih berada di atas treler berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button