AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Aurzen perkenal projektor tri-lipat bersaiz dompet ke pasaran tempatan

KUALA LUMPUR – Pasaran teknologi negara bakal menerima satu lagi inovasi yang mencuri perhatian apabila Aurzen melancarkan projektor tri-lipat pertama dunia, Aurzen ZIP, yang mampu menawarkan pengalaman skrin besar dalam saiz sekecil dompet.

Dalam satu kenyataan, Aurzen berkata, peranti yang meraih pengiktirafan CES Innovation Award di CES 2025 itu dijangka merevolusikan cara rakyat Malaysia menikmati kandungan media di mana-mana sahaja.

“Aurzen ZIP merupakan projektor DLP tri-lipat pertama dunia dengan reka bentuk berbentuk Z yang membolehkannya dilipat sehingga bersaiz seakan dompet.

“Walaupun lebih kecil daripada telefon pintar biasa, ia mampu memancarkan visual berkualiti setaraf pawagam sehingga 100 inci,” katanya.

Terdahulu, Aurzen, jenama global dalam hiburan mudah alih ultra-kompak, mengumumkan pelancaran rasmi Aurzen ZIP di Malaysia dalam satu majlis baru-baru ini.

Projektor
Reka bentuk Z-fold Aurzen ZIP membolehkan peranti dilipat dan digunakan sebagai tapak untuk pelarasan sudut projektor dengan mudah.

Ciri utama Aurzen ZIP untuk pasaran Malaysia

Reka bentuk ultra-kompak: Tri-lipat Z-fold mengecilkan peranti kepada hanya 84 x 78 x 26 mm dengan berat 280g, selain berfungsi sebagai tapak terbina dalam untuk pelarasan sudut projektor.

Kejerihan segera dengan ToF Autofocus: Teknologi Time-of-Flight Zero-Lag Auto Focus yang digunakan dalam industri aeroangkasa memastikan fokus dan keystone correction diselaraskan 30 kali sesaat, menghasilkan visual tajam walaupun projektor digerakkan.

Pencerminan satu sentuhan tanpa Wi-Fi: Ciri AirLink membolehkan pencerminan terus untuk iOS, Android, macOS dan Windows tanpa keperluan rangkaian Wi-Fi setempat, memudahkan perkongsian kandungan pada bila-bila masa.

Dioptimum untuk kandungan mudah alih: Giroskop terbina dalam membolehkan mod paparan menegak penuh, sesuai untuk tontonan TikTok atau Instagram Reels dalam format asli tanpa sempadan.

Kuasa tahan lama: Bateri 5000mAh menawarkan sehingga 1.5 jam tontonan dan menyokong pengecasan pantas 24W PD melalui USB-C.

Ketersediaan dan harga

Aurzen memaklumkan, projektor ZIP dijual pada harga RM1,899 dan akan mula tersedia di Malaysia mulai 5 Disember ini.

Pembelian boleh dibuat di semua pengedar sah Aurzen serta kedai rasmi dalam talian di Shopee dan Lazada melalui pengedar MBase Marketing, kumpulan CenturyX Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button