JAWI rancang perbanyak KAFA di sekolah kebangsaan – Menteri Agama
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini dalam perancangan untuk menambah jumlah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan (SK), mulai tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, penambahan bilangan KAFA di SK itu boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP).
Jelas beliau, langkah tersebut mampu mengurangkan keciciran kerana pelajar dapat mengikuti KAFA di sekolah yang sama tanpa perlu berpindah ke lokasi lain.
“Sejak 2003 hingga 2025 sebanyak 44 KAFA ditubuhkan di SK melibatkan 16 di Putrajaya dan 28 di Kuala Lumpur, manakala 83 KAFA beroperasi di lokasi lain seperti masjid, surau, balai raya dan premis komuniti lain di Wilayah Persekutuan.
“Kementerian Pendidikan (KPM) dan JPWP pada dasarnya, tiada halangan untuk penubuhan KAFA di SK. Namun, beberapa faktor perlu diambil kira, iaitu mendapat persetujuan guru besar dan melihat kepada kesediaan sekolah untuk membuka KAFA di SK.
“Justeru itu, pembukaan KAFA di SK sebelum ini adalah berdasarkan kepada permohonan daripada pihak SK sendiri. Pembukaan KAFA di SK boleh dibuat setelah mengambil kira jumlah guru yang dibekalkan oleh JAWI,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Na’im menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengenai rancangan kerajaan menangani isu keciciran pelajar Muslim mengikuti KAFA di Wilayah Persekutuan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








