BERITA SEMASA

Beberapa lokasi di Shah Alam, Klang dinaiki air

SHAH ALAM – Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di daerah ini dan Klang dinaiki air.

Maklumat dari media sosial yang dikongsikan orang awam dan pihak berkuasa tempatan menyebut beberapa lokasi terjejas antaranya Kampung Kubu Gajah, Kampung Budiman dan Taman Desa Kemuning, Taman Seri Muda serta Kampung Delek, Kapar serta Meru, Klang.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya berkata, paras air meningkat di Jalan Kampung Kubu Gajah 10 bersebelahan Jalan Kampung Gajah 5, Seksyen U17, dekat sini.

“Jalan Kampung Kubu Gajah 5 kini tidak boleh dilalui akibat paras air meningkat manakala Persiaran Budiman menghala ke Seksyen 25 turut dinaiki air.

“Orang ramai dinasihat berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif bagi keselamatan.

“Anggota penguat kuasa MBSA membantu memindahkan warga emas di Lorong Desa Kemuning 2B, Taman Desa Kemuning, Seksyen 35 Shah Alam ke lokasi yang lebih selamat,” kata MBSA.

Sementara itu, anggota Pasukan PANTAS MBSA sedang memantau situasi di beberapa kawasan tumpuan banjir seperti Sungai Damansara, Seksyen 13, Shah Alam.

“Pemeriksaan mendapati berlaku kenaikan paras air tetapi pam berfungsi dengan baik.

“Untuk sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, penduduk boleh menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button