BERITA SEMASA

UTM kekal universiti terbaik Malaysia dalam ranking Sains Antara Disiplin THE 2026

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik Malaysia dalam ranking Sains Antara Disiplin (ISR), Times Higher Education (THE) 2026.

Menurut laman web universiti tersebut, UTM juga berjaya menduduki tangga ke-51 dunia dalam penarafan global terbaharu itu.

ISR yang diperkenalkan pada 2024 dengan kerjasama Schmidt Science Fellows menilai universiti dari seluruh dunia yang cemerlang dalam penyelidikan antara disiplin serta dalam menangani cabaran global yang kompleks.

UTM membuat kemunculan sulung yang mengagumkan dalam ISR 2025 apabila terus berada di kedudukan ke-35 dunia.

Untuk edisi 2026, peningkatan jumlah penyertaan menyaksikan 911 institusi dari 94 negara dan wilayah dinilai menggunakan 11 metrik merangkumi tiga dimensi utama iaitu input (pembiayaan), proses (ukuran kejayaan, fasiliti, sokongan pentadbiran dan promosi) serta output (penerbitan, kualiti penyelidikan dan reputasi).

“Kepimpinan berterusan UTM di Malaysia mencerminkan komitmennya terhadap agenda ‘Innovating Sustainable Solutions’ serta usaha memperkukuh penyelidikan yang menyokong keutamaan pembangunan negara.

“Ini termasuk penyertaan aktif dalam objektif dasar di bawah kerangka MADANI, National Energy Transition Roadmap (NETR), Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap serta New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 khususnya dalam bidang yang memacu daya saing negara dan kesejahteraan masyarakat melalui sains, kejuruteraan dan teknologi,” menurut laporan tersebut.

UTM turut merakamkan penghargaan kepada para penyelidik, warga kerja dan rakan kerjasama yang menyumbang kepada pencapaian tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button