BERITA SEMASA

Laluan Gua Musang-Jeli ditutup akibat tanah runtuh

GUA MUSANG – Laluan utama di Kilometer 11.95, Jalan Gua Musang ke Jeli ditutup kepada kenderaan ekoran kejadian jalan runtuh, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, kejadian dipercayai berpunca akibat pergerakan tanah dan runtuhan jalan berturap, lapor Kosmo.

Beliau memberitahu, kejadian kira-kira pukul 6.56 petang itu melibatkan runtuhan laluan sepanjang 15 meter menyebabkan kedua-dua lorong tidak boleh dilalui.

Sehubungan itum tambahnya, laluan tersebut terpaksa ditutup kerana sangat berisiko untuk dilalui semua kenderaan.

“Runtuhan dikesan ketika anggota polis sedang membuat rondaan di lokasi pada pukul 7.48 malam di kawasan tersebut.

“Jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu bermula 17 November sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, pengguna perlu melalui jalan alternatif iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dan FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button