MPSepang terima kunjungan hormat IPD Sepang, perkukuh kerjasama keselamatan
SEPANG – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menerima kunjungan hormat daripada pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam suasana mesra dan harmoni di Ibu Pejabat MPSepang, baru-baru ini.
Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Assisten Komisioner Norhizam Bahaman bersama beberapa pegawai kanan IPD Sepang.
Ketibaan rombongan disambut oleh Yang Dipertua MPSepang, Dr Ani Ahmad yang meluangkan masa menyantuni pasukan polis.
Turut hadir pengarah-pengarah jabatan dan unit MPSepang yang bersama-sama membincangkan pelbagai isu berkaitan kerjasama strategik antara MPSepang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam memperkukuh keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan komuniti di daerah Sepang.
“Kunjungan ini mencerminkan hubungan erat dan sinergi antara pihak berkuasa tempatan dan agensi keselamatan dalam memastikan pembangunan Sepang berjalan dengan aman, selamat dan sejahtera,” kata MPSepang dalam kenyataan.
Agensi itu juga menegaskan penghargaan terhadap kerjasama erat bersama IPD Sepang dalam usaha mewujudkan persekitaran perbandaran yang selamat, harmoni dan makmur untuk seluruh warganya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








