Trump ugut lancar serangan ke atas Nigeria susulan dakwaan keganasan anti-Kristian
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut akan melancarkan serangan terhadap Nigeria susulan dakwaan berlakunya keganasan terhadap penganut agama Kristian di negara itu.
Dalam kenyataan di media sosial, Trump berkata, Amerika Syarikat akan menamatkan serta-merta semua bentuk bantuan kepada negara Afrika tersebut sekiranya kerajaan Nigeria terus membenarkan pembunuhan terhadap penganut Kristian.
Tanpa menjelaskan kumpulan atau insiden yang dimaksudkan, Trump berkata, Amerika Syarikat mungkin akan memasuki negara yang kini itu dengan tindakan ketenteraan besar-besaran bagi menghapuskan pengganas Islam yang melakukan kekejaman tersebut.
“Saya dengan ini mengarahkan Jabatan Perang (yang baru dinamakan semula) untuk bersiap sedia bagi kemungkinan tindakan. Jika kami menyerang, ia akan dilakukan dengan pantas, ganas dan tepat sama seperti bagaimana kumpulan pengganas menyerang penganut Kristian kami yang dihargai.
“Amaran: Kerajaan Nigeria perlu bertindak segera!” katanya.
Kerajaan Nigeria bagaimanapun belum memberikan sebarang maklum balas terhadap ugutan berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Trump mengumumkan bahawa Nigeria akan dimasukkan ke dalam senarai negara yang menjadi perhatian khas oleh Jabatan Negara AS, senarai yang diwujudkan bagi memantau isu penindasan agama di seluruh dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








