BERITA SEMASASUKAN

Syed Saddiq tawan Ironman Malaysia, raih RM1 juta untuk penduduk Muar

LANGKAWI – Usaha gigih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menamatkan cabaran lasak Ironman Malaysia 2025 membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengumpul RM1 juta sumbangan kebajikan untuk penduduk Muar.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menamatkan cabaran tiga disiplin, iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km dengan catatan masa 12 jam 22 minit 18 saat.

Catatn itu sekali gus memenuhi syarat yang ditetapkan syarikat pengeluar fesyen tempatan, Prima Valet (PV) bagi melayakkan beliau menerima insentif tersebut.

Dalam perkongsian di Facebook selepas perlumbaan itu, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur dan sebak atas kejayaan tersebut yang didedikasikan kepada masyarakat Muar.

“Saya lakukan ini untuk Muar. RM1 juta bantuan kebajikan berjaya diperoleh dan cabaran telah disempurnakan. Ya, saya menangis bukan sedikit, tapi berbaloi,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman mencabar sepanjang perlumbaan apabila beberapa kali hampir pitam, mengalami kekejangan seluruh badan serta muntah akibat masalah penghadaman.

Syed Saddiq juga mencatat rekod peribadi baharu selepas memperbaiki masa tahun lalu, daripada 13 jam 13 minit (2024) kepada 12 jam 22 minit (2025), iaitu penjimatan masa 48 minit walaupun berdepan larian yang disifatkannya sebagai “sangat sukar”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button