Khaled Nordin adakan pertemuan bersama Setiausaha Perang AS
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khaled Nordin hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth di sini.
Menteri Pertahanan itu berkata, pertemuan itu sempena penyertaan beliau dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) di Kuala Lumpur.
“Dalam pertemuan ini, kami telah menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertahanan yang buat pertama kalinya mewujudkan kerangka kerjasama rasmi dan tersusun antara dua negara.

“Ia merangkumi aspek latihan, pertukaran kepakaran serta peningkatan keupayaan dalam bidang keselamatan dan pertahanan maritim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, perbincangan turut menumpukan kepada isu-isu keselamatan serantau termasuk cabaran di Laut China Selatan serta keperluan memastikan perairan rantau ini kekal aman, stabil dan bebas untuk pelayaran.

Katanya, kerjasama itu mencerminkan hubungan pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat yang kukuh, berasaskan prinsip saling menghormati dan komitmen bersama terhadap keamanan serta kestabilan serantau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








