BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Rakyat Malaysia kini nikmati data roaming di Timor-Leste

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste kini tidak lagi perlu bimbang mengenai caj tinggi atau gangguan sambungan internet, selepas perkhidmatan perayauan data (data roaming) berjaya diaktifkan oleh pengendali rangkaian mudah alih utama negara pada kadar berpatutan.

Menurut Kementerian Komunikasi, berkuat kuasa 17 Oktober lalu, CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile telah memulakan perkhidmatan perayauan data di negara berkenaan, manakala YTL Communications menyusul pada 24 Oktober.

Katanya, langkah itu membolehkan rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste menikmati capaian 4G yang lebih stabil dan pantas berbanding rangkaian 2G serta 3G sebelum ini.

“Inisiatif ini sejajar dengan keutamaan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang memberi tumpuan kepada aspek keterangkuman, kelestarian dan keterhubungan digital.

“Ia mencerminkan komitmen ASEAN dalam memupuk komuniti berfokuskan rakyat, di mana teknologi menjadi pemangkin mobiliti, peluang dan perpaduan di seluruh rantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kejayaan berkenaan hasil kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Autoridade Nacional de Comunicações (ANC) Timor-Leste, selain sokongan daripada penyedia telekomunikasi utama negara itu iaitu Telkomsel, Telemor dan Timor Telecom.

“Malaysia mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN, yang disifatkan sebagai detik bersejarah dalam memperkukuh perpaduan dan visi bersama ke arah rantau lebih inklusif serta terhubung secara digital.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia kekal komited menyokong usaha memperkukuh integrasi serantau serta mempromosikan keterhubungan merentas sempadan, selaras dengan tema membentuk masa depan digital bersama untuk semua rakyat ASEAN,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button