Berita Semasa

Kursi Tun Dr Ismail dibentuk di UKM

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk membentuk Kursi Tun Dr. Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran negarawan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha serta pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa
dan negarawan ulung itu khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.

“Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai
bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi
ini,” katanya hari ini.

Dr Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua Malaysia.

Allahyarham meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 ketika memangku jawatan Perdana Menteri berikutan ketiadaan Tun Razak.

 

Show More

Related Articles

Back to top button