BERITA SEMASAPMX

Tidak perlu polemikkan lawatan Presiden AS ke Malaysia – PM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang mempersoalkan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menimbulkan polemik politik yang tidak sihat, lebih-lebih lagi ketika seluruh dunia termasuk Mesir, Qatar dan Hamas memberi tumpuan kepada usaha mencari jalan damai.

Anwar menegaskan, jika Hamas sendiri menunjukkan komitmen ke arah perdamaian, tidak wajar ada pihak dalam negara yang cuba menimbulkan perbalahan.

“Kalau Hamas pun nak perdamaian, yang kita ajak gaduh ini sebab apa? Orang dibunuh, negeri dijajah, anak-anak kecil dan wanita terus menjadi mangsa. Jadi kita nak hentikan itu dahulu,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman, Presint 11 di sini, hari ini.

Hamas sebelum ini mengesahkan bahawa satu perjanjian telah dicapai bagi menamatkan perang di Gaza, yang turut merangkumi pengunduran tentera Israel serta pelaksanaan pertukaran tahanan dan tebusan.

Dalam kenyataan rasmi, Hamas memaklumkan persetujuan itu dicapai selepas rundingan bersama beberapa faksi perjuangan Palestin berhubung cadangan Donald Trump, yang diadakan di Sharm el-Sheikh.

Menurut kenyataan itu, perjanjian berkenaan bertujuan menamatkan perang pemusnahan terhadap rakyat Palestin serta memastikan pengunduran sepenuhnya penjajahan Israel dari Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button