BERITA SEMASA

Anwar zahir harapan pembentangan Belanjawan MADANI 2026 esok berjalan lancar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan supaya pembentangan Belanjawan MADANI 2026 esok, berjalan lancar.

Beliau turut meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan segala urusan dapat dilaksanakan dengan selamat dan dipermudah, lapor Berita RTM.

“Doakan semuanya selamat, insya-Allah,” katanya,

Anwar berkata demikian selepas meninjau persiapan akhir pembentangan di Kementerian Kewangan, di isni hari ini.

Hair sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan petugas yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2026.

Seramai 320 orang terlibat dalam penyediaan laporan tersebut yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Cukai, Fiskal dan Ekonomi, Antarabangsa, Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Bajet.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button