UMNO mahu RUU PSB ditangguhkan, tidak diteruskan pada Sidang Dewan Rakyat akan datang
KUALA LUMPUR – UMNO berpendirian tegas untuk menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang sedia ada dan tidak diteruskan untuk pembentangan di Sidang Dewan Rakyat akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO menggesa RUU itu dilakukan rombakan besar yang mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.
“UMNO melantik Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mewakili UMNO bagi melakukan perundingan dan membawa pendirian UMNO bagi merombak dan menambah baik RUU PSB demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat marhaen terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, UMNO akan memastikan kerajaan melakukan segala usaha dan upaya bagi memastikan keselamatan dan pembebasan segera tanpa syarat dan kompromi kesemua sukarelawan Malaysia dalam Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla Nusantara yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.
“UMNO meminta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus konsisten dan tegas membawa suara Malaysia untuk dunia mengiktiraf negara Palestin dan mendesak rejim pengganas Zionis-Israel menghentikan kezalimannya dalam operasi penghapusan etnik yang sedang berlaku di Gaza,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








