Operasi LNG tidak terjejas, tiada gangguan – PETRONAS
KUALA LUMPUR – Operasi kemudahan gas asli cecair (LNG) milik PETRONAS di Bintulu, Sarawak tidak terjejas dan tidak mengalami sebarang gangguan.
PETRONAS berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung potensi risiko keselamatan di kemudahannya di Bintulu.
“Kami memandang serius perkara sebegini dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa untuk menilai serta menangani situasi berkenaan.
“Pada masa ini, operasi kami tidak terjejas dan bekalan kami tidak mengalami sebarang gangguan.
“Perlu diyakini bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja, kontraktor dan komuniti di sekeliling kami terus menjadi keutamaan kami,” kata syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan, malam tadi.
Terdahulu, pihak MKN menerusi satu kenyataan memaklumkan, kerajaan telah mengarahkan semua kemudahan LNG di Bintulu diperketatkan kawalan keselamatan susulan ancaman keselamatan terhadap kemudahan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















