Tukang mesin rumput selamat selepas jatuh dalam lubang sedalam enam meter
SEMENYIH – Seorang tukang mesin rumput warga Myanmar terselamat selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter ketika melakukan kerja pembersihan berhampiran Simpang Tiga Sungai Lui, jalan ke Kuala Klawang menghala ke Genting Peras, di sini, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.29 petang.
Ujarnya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dengan bantuan BBP Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dikerahkan ke lokasi.
“Sebaik tiba pada pukul 5.05 petang, anggota bomba mendapati seorang lelaki warga Myanmar berusia 45 tahun terjatuh ke dalam lubang berkenaan ketika sedang memotong rumput.
“Kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan segera sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





