BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori tangki terlelap, direman tiga hari bantu siasatan

KAJANG – Seorang pemandu lori tangki yang dipercayai terlelap sebelum terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban semalam, direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki tempatan berusia 27 tahun itu ditahan tidak lama selepas kejadian di kawasan Kajang.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai kerana pemandu lori berkenaan terlelap sebelum kenderaan dipandunya memasuki lorong kecemasan dan merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, mangsa yang juga seorang jurutera elektrik berusia 39 tahun maut di lokasi selepas dirempuh ketika menunggang motosikal di lorong kecemasan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button