MINDEF jamin kerjasama penuh kes kematian Syamsul Haris
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan keadilan ditegakkan dalam kes kematian Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lalu yang mengarahkan pelaksanaan semula proses bedah siasat ke atas Allahyarham.
“ATM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib sepanjang siasatan dijalankan bagi memastikan keadilan kepada Allahyarham dapat ditegakkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menegaskan, MINDEF akan terus memantau perkembangan kes tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyempurnakan siasatan mengikut prinsip undang-undang yang berkuat kuasa.
Allahyarham Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan bersama PALAPES UTM pada 28 Julai lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








