536 syarikat disiasat MyCC, tumpu kartel tipuan bida RM2.66 bilion
KUALA LUMPUR – Sebanyak 536 syarikat disiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana disyaki terbabit dalam kartel perdagangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Menurutnya, tumpuan utama siasatan adalah terhadap kartel tipuan bida dalam perolehan awam bernilai RM2.66 bilion.
“MyCC memandang serius isu kartel perdagangan. Di bawah perundangan persaingan, ia dikategorikan sebagai kesalahan tertinggi kerana merupakan bentuk sabotaj ekonomi bukan sahaja kepada negara, tetapi juga hak pengguna,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN–Parit Buntar) mengenai petunjuk prestasi utama (KPI) kerajaan dalam menangani kartel perdagangan dan sindiket penyelewengan subsidi.
Armizan menambah, sejak 2012 hingga kini, MyCC telah mengenakan penalti kewangan berjumlah RM647.9 juta terhadap 265 syarikat yang terbukti membentuk kartel perdagangan.
Katanya lagi, semua keputusan kes berkenaan turut dipaparkan di laman web MyCC selaras dengan tuntutan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) yang menghendaki makluman dibuat secara meluas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







