BERITA SEMASASUKAN

Selangor hampir cipta kejutan, ikat juara bertahan ACC Buriram United

BURIRAM – Selangor FC (SFC) hampir mencipta kejutan dalam aksi sulung Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) apabila berjaya mengikat juara bertahan Buriram United 1-1 di Stadium Chang Arena, malam tadi.

Beraksi di gelanggang lawan, skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi menunjukkan disiplin tinggi sepanjang perlawanan dan hampir membawa pulang tiga mata sebelum dinafikan gol penyamaan tuan rumah pada masa kecederaan.

SFC terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Chrigor Moraes pada minit ke-38 selepas menyempurnakan hantaran Nooa Laine dengan satu rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol Buriram, Chatchai Budprom.

Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah yang dikendalikan Osmar Loss melakukan beberapa pertukaran pemain untuk mengubah tempo permainan.

Serangan bertali arus Buriram memaksa Kalamullah Al-Hafiz bekerja keras di gawang SFC, namun penjaga gol itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya.

Bagaimanapun, tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila Zulj menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95 hasil tandukan dalam kotak penalti.

Keputusan seri itu dilihat tetap memberikan permulaan positif buat Selangor yang menentang pasukan pilihan kejohanan dan salah satu kelab terbaik Asia musim lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button