BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat dalang ‘Geng Budak Sekolah’ jual bahan lucah

PUTRAJAYA – Polis giat menjalan siasatan terhadap dalang di sebalik kegiatan jenayah seksual membabitkan kumpulan ‘Geng Budak Sekolah’.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menyebarkan bahan lucah, malah ada anggotanya terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

“Modus operandi dia, dia gunakan platform WhatsApp. Siasatan masih kita buat dan tentulah mengambil masa yang lebih sedikit, tapi sekurang-kurangnya kita tahu modus operandinya bagaimana dan tujuannya apa,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dorongan utama pengendali kumpulan itu ialah menjadikan aktiviti berkenaan sebagai sumber pendapatan yang dipasarkan secara tertutup dalam kalangan ahli kumpulan sahaja.

“Siasatan sedang berjalan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), melibatkan kanak-kanak perempuan umur 12 tahun. Jadi pihak polis kena lakukan dengan cermat. Nak dapat keterangan kanak-kanak, kita tak boleh pakai kaedah biasa.

“Kita ada pakar psikiatri kita di situ, polis D11 ini ada pelbagai kepakaran. Jadi, ianya tak macam kita menguruskan kes biasa,” jelasnya.

Semalam di Dewan Rakyat, Saifuddin mendedahkan polis menumpaskan kumpulan Geng Budak Sekolah yang terbabit dalam jenayah seksual, termasuk membabitkan kanak-kanak 12 tahun.

Kumpulan itu dikendalikan bersama empat individu lain serta memiliki kumpulan WhatsApp dengan keahlian 762 orang.

Mereka dipercayai mengambil gambar anggota badan masing-masing untuk dijual sehingga mampu meraih pendapatan melebihi ibu bapa sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button