BERITA SEMASA

Tidak fasih BM, imigresen boleh sekat perbaharu lesen

PUTRAJAYA – Kakitangan Imigresen berhak menolak kebenaran memperbaharui pasport melibatkan pemohon yang tidak fasih Bahasa Melayu seperti yang berlaku di UTC Johor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan anggota Imigresen yang mempersoalkan tindakan individu tersebut berasas kerana telah menimbulkan syak wasangka.

“Ini timbulkan syak wasangka, kerana semasa kajian mengenai warganegara dibuat, kita dapati syarat menguasai bahasa (rasmi) menjadi syarat beberapa buah negara maju di dunia.

“Seperti di Singapura, United Kingdom dan sebagainya, maknanya kalau tidak faham bahasa tempatan mereka tidak layak memohon warganegara.

“Kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tidak boleh dikompromi , perlu dipelajari. Kewajipan itu tidak boleh dikompromi langsung,” katanya pada sidang media sempena sambutan sethaun dan perhimpunan bulanan KDN hari ini.

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang mendakwa diherdik seorang kakitangan imigresen di UTC Johor kerana tidak fasih berbahasa Melayu kita memperbaharui pasport anaknya.

Saifuddin berkata, antara contoh lain adalah kecurigaan yang boleh timbul apabila ada individu yang tidak mempunyai mirip dengan ibu bapa ketika memohon dokumen pengenalan diri.

Sehubungan itu, Saifuddin menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan syarat tersebut untuk mempertikai bidang tugas atau memburukkan agensi kerajaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button