Politik

Hutang FELDA: Muhyiddin dakwa Anwar berbohong

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka FELDA.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Perdana Menteri itu adalah tidak benar.

“Ini satu pembohongan besar. Pelupusan hutang peneroka FELDA telah pun dilaksanakan ketika saya menjadi Perdana Menteri.

“Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023 di mana pelupusan hutang peneroka FELDA telah dilaksanakan pada tahun 2021.

“Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai FELDA, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Muhyiddin, susulan itu, bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh telah membuat kenyataan pada 24 Februari lalu bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 billion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021.

“Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.

“Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button