POLITIK

Isu RON95, Muhyiddin minta PM Anwar mohon maaf

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepadanya susulan dakwaan mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya tidak memohon maaf.

“Mungkin sebagai sahabat, beliau juga manusia biasa, cuma jawatan beliau lebih tinggi. Saya pun pernah berada di situ dulu. Mungkin dah berlaku kesilapan, jadi agak susah untuk Perdana Menteri nak kata ‘Muhyiddin, maaflah, salah.’

“Saya cuma nak minta mohon maaf saja. Tarik balik kenyataan. Saya rela dan akan terima maafnya,” kata Muhyiddin ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya menyiasat dakwaan Muhyiddin mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan satu kenyataan berkata, sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, tindakan sewajarnya perlu diambil berhubung perkara berkenaan memandangkan dakwaan itu dinafikan Muhyiddin.

Muhyiddin, yang juga bekas perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anwar ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat bahawa beliau mempertahankan hak warga asing berhubung isu subsidi petrol RON95.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button