PM Kemboja jumpa Anwar Ibrahim runding gencatan senjata dengan Thailand
PHNOM PENH – Perdana Menteri, Kemboja Hun Manet akan mengetuai delegasi ke Malaysia hari ini bagi menghadiri rundingan damai dengan pengantaraan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengumuman itu dibuat Hun Manet menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi, lapor Bernama.
“Saya akan mengetuai delegasi Kemboja ke mesyuarat khas di Kuala Lumpur yang dianjurkan Malaysia.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas inisiatif dan usaha menyelaras penganjuran mesyuarat ini,” katanya.
Hun Manet dijangka mengadakan rundingan peringkat tinggi dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak susulan konfrontasi bersenjata antara kedua-dua negara.
Mesyuarat dijadual berlangsung di Putrajaya jam 3 petang ini.
Anwar yang juga Pengerusi ASEAN minggu lalu mencadangkan satu perjanjian damai antara kedua-dua pihak susulan konflik sempadan yang tercetus baru-baru ini.
Ketegangan mula meningkat sejak insiden pada 28 Mei apabila pasukan tentera Kemboja dan Thailand bertempur di kawasan Preah Vihear.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








