Polis serbu ‘parti songsang’ di banglo mewah, 20 mengaku ada HIV
KOTA BHARU – Apa yang disangka sekadar majlis makan-makan di sebuah banglo mewah di Jalan Kemumin, di sini, pada bulan lalu rupa-rupanya menjadi sarang aktiviti songsang yang melibatkan lebih 100 ahli komuniti LGBT di negeri ini.
Perkara itu didedahkan polis melalui satu serbuah pada pukul 1 pagi yang dibuat hasil risikan serta maklumat awam yang mencurigai pergerakan kumpulan tersebut.
Bagaimanpunu, menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika serbuan dilakukan, sebahagian besar daripada yang hadir telah bersurai, namun 20 lelaki sempat ditahan di lokasi kejadian.
“Kita terima maklumat mengatakan satu majlis melibatkan kumpulan gay diadakan di sebuah banglo. Hasil siasatan, hampir 100 lelaki hadir ke majlis berkenaan.
“Tapi ketika serbuan dibuat, hanya tinggal 20 orang,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di sini, hari ini.
Lebih mengejutkan, pihak polis turut merampas ratusan kondom serta ubat-ubatan berkaitan HIV, dipercayai dibawa masuk untuk digunakan dalam aktiviti tidak bermoral.
“Kami percaya majlis itu bukan sekadar makan-makan. Melihat kepada rampasan kondom dan ubat HIV, besar kemungkinan ia adalah persediaan untuk aktiviti terlarang. Bagaimanapun, aktiviti itu dipercayai belum sempat berlaku ketika kami menyerbu,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, hasil soal siasat terhadap individu yang ditahan mendedahkan satu lagi fakta mengejutkan – apabila semua yang ditahan mengaku sebagai penghidap HIV dan menawarkan ‘perkhidmatan’ secara percuma kepada mereka yang berminat.
Katanya, tiga daripada mereka telah didakwa di mahkamah selepas pihak polis menemui rakaman video perlakuan songsang sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.
“Semua yang hadir adalah rakyat tempatan, berasal dari Kelantan dan mempunyai pekerjaan tetap. Majlis itu turut dipromosikan di media sosial sebagai jemputan terbuka bagi menarik lebih ramai peserta,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis akan meningkatkan risikan dan pemantauan, memandangkan ia adalah kes pertama seumpamanya di negeri itu.
“Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan memandangkan ini adalah kes yang pertama. Namun kita akan pertingkatkan risikan lanjut bagi mengekang kegiatan itu,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








