BERITA SEMASA

PM ucap tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei ke-79

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mendoakan semoga Sultan Hassanal Bolkiah terus dikurniakan kekuatan, hikmah dan kebijaksanaan dalam memerintah Negara Brunei Darussalam.

“Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button