Reputasi Trump tercalar, rakaman ugutan bom Russia tersebar
WASHINGTON – Reputasi Donald Trump sebagai figura ‘pendamai dunia’ tercalar apabila bocor satu rakaman audio yang mendedahkan ugutan beliau yang mahu mengebom Russia.
Kenyataan yang dibuat di hadapan kumpulan penderma di Florida dan New York pada tahun lalu itu menyatakan pendiriannya bahawa perang Russia-Ukraine tidak akan berlaku jika dia berkuasa sebagai Presiden.
Jaminan itu katanya kerana dia telah mengugut Presiden Vladimir Putin bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyerang Moscow sekiranya serangan terhadap Kiev dilakukan.
“Saya beritahu beliau bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan ke atas Moscow,” katanya.
Rakaman audio itu diperoleh wartawan Isaac Arnsdorf, Josh Dawsey dan Tyler Pager yang memperincikan ugutan itu dalam buku terbaharu mereka berjudul 2024.
Trump yang dikenali dengan sikap suka bercakap besar juga mendakwa telah memberi amaran yang sama kepada Presiden China, Xi Jinping, berhubung ketegangan antara Beijing dan Taipei.
“Xi fikir saya tidak waras apabila saya nyatakan bahawa AS akan bom Beijing jika mereka berani mulakan perang dengan Taiwan,” katanya menerusi rakaman tersebut.
Dari satu sudut, kenyataan berbaur ancaman itu menyerlahkan pendekatan dasar luar Trump yang keras dan konfrontatif, terutama dalam isu geopolitik yang melibatkan kuasa besar dunia.
Pendedahan itu turut mencerminkan keretakan hubungan antara Trump dan Putin, terutamanya selepas Russia dilihat enggan mengikut tekanan Washington agar menamatkan perang dengan Ukraine.
Setakat ini, pihak Trump belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isi kandungan buku tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment