Tiga dalang kartel bekal susu tepung RM120 juta disiasat SPRM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tiga individu, dipercayai dalang kartel bekalan susu tepung bernilai kira-kira RM120 juta ke sebuah jabatan kerajaan yang tidak memenuhi piawaian standard.
Memetik laporan BH Online, operasi SPRM itu dijalankan secara bersepadu bersama dua agensi iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Sumber berkata, SPRM dan dua agensi berkenaan semalam menyerbu tiga kediaman dan sebuah syarikat di ibu negara, yang disyaki menjadi tempat simpanan pelbagai dokumen.
Serbuan untuk menyita dokumen kontrak bekalan susu tepung dikatakan sejak tahun 2019.
Katanya, kira-kira 80 akaun bernilai RM70 juta turut dibekukan dalam operasi itu.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, manakala LHDN pula menyiasat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







