JENAYAH & MAHKAMAH

Penceramah bebas direman tiga hari bantu kes penipuan bina sekolah agama

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan sebanyak RM140,000 bagi pembinaan sekolah agama.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua wanita berusia antara 30 hingga 40-an dari Shah Alam dan Gombak, mendakwa menjadi mangsa penipuan suspek.

Kedua-dua mangsa difahamkan pemilik dan pengurus dua syarikat berlainan.

Dalam laporan tersebut, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik sebagai berkata, kedua-kedua mangsa dikatakan mengenali suspek sebagai pendakwah bebas beberapa tahun lalu.

Mangsa pertama mendakwa melakukan tiga transaksi berjumlah RM60,000 pada Ogos dan September 2020 manakala mangsa kedua membayar RM80,000 pada 2019.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button