BERITA SEMASA

KenDurian Bukit Bendera meriah, erat hubungan komuniti setempat

GEORGE TOWN – Program KenDurian anjuran Parlimen Bukit Bendera dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Batu Gantong berlangsung meriah apabila mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.KenDurian Bukit Bendera meriah, erat hubungan komuniti setempat

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat menikmati raja buah, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

“Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Lee Boon Heng.KenDurian Bukit Bendera meriah, erat hubungan komuniti setempat

“Kehadiran dan sokongan yang diberikan mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan yang cukup membanggakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, penganjuran program santai seperti itu mampu memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan penduduk berbilang kaum.KenDurian Bukit Bendera meriah, erat hubungan komuniti setempat

“Seronok dapat berkumpul dan menikmati keenakan durian bersama komuniti setempat. Inilah semangat kita bangsa Malaysia,” katanya lagi.

Program yang berlangsung di Jalan Batu Gantong itu turut dihadiri pemimpin tempatan, sukarelawan dan komuniti setempat, sekali gus menyerlahkan komitmen Parlimen Bukit Bendera dalam mendekati rakyat melalui pendekatan mesra rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button