AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Batik Air sokong CAAM sebagai pengawal selia tunggal, puji langkah proaktif Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Batik Air menyokong penuh langkah Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pengangkutan menstruktur semula sektor penerbangan negara dengan menyerahkan semua fungsi kawal selia kepada Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai badan pengawal selia tunggal yang berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Dalam kenyataan hari ini, Batik Air menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu pendekatan progresif dan konstruktif yang akan memudahkan proses peraturan melalui penyelarasan di bawah satu entiti, sekali gus meningkatkan kecekapan dan ketelusan industri penerbangan negara.

“Langkah ini dijangka mempertingkatkan kecekapan operasi serta memperbaiki penyelarasan merentas fungsi kawal selia, seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif kepada semua pemain industri,” kata kenyataan itu.

Batik Air turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) atas segala sumbangan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan sektor penerbangan tempatan yang berteraskan kepentingan pengguna.

“Usaha MAVCOM telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap penerbangan negara yang lebih kukuh dan berorientasikan pelanggan.”

Menurut syarikat itu, langkah kerajaan ini mencerminkan iltizam kepimpinan Kerajaan MADANI yang sentiasa mendengar suara industri serta berani melakukan reformasi demi memastikan sektor penerbangan negara kekal kompetitif dan mampan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Batik Air menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan CAAM dalam fasa baharu ini bagi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai hab penerbangan serantau yang dinamik dan maju.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button