CBP umum dividen 6.5 peratus tahun 2024, agih RM88.52 juta kepada anggota
KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2024, yang bakal diagihkan kepada lebih 95,000 anggotanya.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata kadar dividen tersebut adalah selepas ditolak zakat, dengan jumlah agihan keseluruhan mencecah RM88.52 juta.
Menurut beliau, para anggota boleh mula menyemak akaun simpanan mereka melalui Aplikasi HELOCBP bermula 23 Jun ini.
“Prestasi CBP bagi tahun 2024 amat memberangsangkan dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM124.29 juta, meningkat 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) ke-65 yang berlangsung hari ini.
Baca juga : CBP, PERKESO jalin kerjasama perluas perlindungan sosial untuk suri rumah
Mengulas lanjut, Khairil berkata, dengan prestasi cemerlang ini, CBP akan terus memperkasa perkhidmatan digital melalui aplikasi HELOCBP dan memperluas penawaran produk kewangan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan anggota.
“Kadar dividen 6.5 peratus ini juga dianggap kompetitif berbanding institusi kewangan lain, memandangkan ianya telah mengambil kira pelunasan zakat bagi pihak anggota,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, CBP turut mengumumkan perpindahan rasmi ibu pejabatnya ke Wisma Co-opbank Pertama, Kampung Bharu, Kuala Lumpur pada awal tahun ini, bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-75 CBP pada 7 Jun lalu.
“Dengan kemudahan dan fasiliti baharu di Wisma Co-opbank Pertama, kami berharap dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pelanggan yang berurusan di Cawangan Kuala Lumpur,” tambah beliau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








