CBP tawar pakej pembiayaan peribadi kepada kakitangan ANGKASA pada kadar istimewa
KUALA LUMPUR – Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) terus memperkukuh kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan menawarkan pakej pembiayaan peribadi kepada kakitangan ANGKASA pada kadar yang istimewa.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, menerusi tawaran pembiayaan tersebut, pembayaran balik akan dilakukan menerusi Potongan Gaji Majikan (PGM).
Jelasnya, kakitangan ANGKASA akan menikmati kadar pembiayaan peribadi yang rendah setanding dengan kadar yang ditawarkan kepada kakitangan awam.
“Penawaran pakej istimewa ini bakal memberi kelebihan kepada kakitangan- kakitangan ANGKASA untuk dalam mendapatkan pembiayaan pada kadar yang lebih rendah berbanding institusi-institusi kewangan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, CBP bersama ANGKASA hari ini telah mengadakan satu majlis pertukaran dokumen kerjasama bagi dua kerjasama yang telah dipersetujui.
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan CBP, Nor Aznizam Nor Azmi; Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Pembangunan Kewangan ANGKASA, Mohamad Darulnizam Mat Darus; Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.
Mengulas lanjut, Khairil Anuar berkata, melalui kerjasama ini juga, ANGKASA telah bersetuju untuk melaksanakan pembayaran balik potongan gaji kepada CBP melalui proses pelarasan (knock-off) melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
“Pembayaran balik secara pelarasan ini akan memudahkan pihak CBP dalam
mendapatkan bayaran balik daripada koperasi kerana tarikh pembayaran oleh ANGKASA akan diselaraskan kepada satu tarikh sahaja pada setiap bulan berbanding cara pembayaran sekarang di mana tarikh bayaran adalah bergantung kepada tarikh proses bayaran perbendaharaan majikan peminjam kepada ANGKASA.
“Kerjasama ini dilihat bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada CBP, tetapi juga kepada kakitangan ANGKASA dan koperasi yang mendapatkan pembiayaan daripada CBP,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, kerjasama ini dapat meluaskan lagi capaian sasaran pelanggan CBP yang tidak hanya melibatkan individu, tetapi juga koperasi di negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








